Friday, December 24, 2010

Soalnya Hati...

Susah nak ungkap perkataan itu... Susah nak gambarkan perasaan itu... Keliru... Tak tahu... Buntu... Saya cuba mengajar hati ini. Mengajar hati ini untuk terus berperasaan. Namun, semuanya seakan tak punya apa-apa kesan pun. Saya gagal memujuk hati. Saya gagal memahami diri. Tapi, dalam waktu itu saya memerlukan perasaan itu. Permasalahannya, kenapa tiada pada kamu?

Saya berasa berdosa bila cuba membohong diri. Berpura seperti saya perlu kamu. Dalam hati, saya rasa kosong. Kosong... Sekosong-kosongnya... Saya pohon maaf kerana jadi begini. Saya sendiri tidak pasti apa yang membuatkan hati saya seolah-olah menidakkan kehadiran kamu. Saya cuba berterus-terang, tapi bimbang kamu terluka. Jika tidak diperkatakan, saya pula yang mungkin terluka... Permasalahannya, bagaimana cara untuk memberitahu kamu?

Saya sering berangan, mahu dimiliki sebuah hati. Tapi saya gagal mencari sebuah hati itu. Dulu, saya sangka saya sudah temui hati itu pada kamu, namun hati saya masih menidakkan hati kamu. Bodohkah saya kerana berperasaan begini? Salahkah saya memburu hati yang benar-benar saya impikan selama ini?

Mungkin ada yang beranggapan saya terlalu tamak. Tamak kerana ingin memiliki sebuah hati sedangkan sudah ada hati yang memberi. Ya. Saya memang seorang yang tamak. Saya tamak bila ia melibatkan soal hati dan perasaan. Sehingga kini, hati saya masih belum temui sebuah hati yang bisa membuat hati saya berkata, "Ya... Hati ini adalah milik hati itu..." Tak... Saya tak ketemuinya lagi... Hingga kini...

Susahkan menjadi saya. Mengimpikan sesuatu yang entah bila akan tiba. Mengharap, menanti, hari demi hari. Hingga kadangkala hidup saya letih memikirkan soal hati ini... Saya cemburu melihat kamu-kamu yang dah temui pemilik hati kamu. Tapi saya? Entah... Entah bila...

Saya coretkan luahan ini bukan untuk meminta simpati. Cuma, ini adalah sebuah luahan yang tak mampu saya perkatakan secara lisan. Dengan cara ini sahaja yang mampu saya lakukan agar luahan hati saya tidak terbuku di dalam jiwa. Lelah saya menyimpan semua ini... Lelah saya memikirkan segalanya... Saya hanya inginkan sebuah kelegaan yang sempurna. Ya. Kelegaan. Kelegaan setelah segalanya ini berakhir...

Masih adakah ruang untuk hati ini dimiliki?....

2 comments:

hanz_sideme@blogsport.com said...

yeah.. untuk pengetahuan hati tak leh dibeli kat pasar malam.. harap anda bersabar menunggu hati itu tiba.. satu lagi, hati untuk kita hanya satu, fikir betul2 bila hati itu tiba.. takut dah tak der hati yang lain..

Hayati Hamzah said...

bkn salah kamu. hati xboleh dbeli ats dasar simpati. tggu la nti smpai 1 mse jmpa jugak hati yg betul2 utk kamu ;) chill ;)