Saturday, February 26, 2011

Kawan Keperluan VS Kawan Kehendak




Pelik tak bila kawan pun ada jenis keperluan dan kehendak? Dah macam barang pulak ye. Heh... Sebenarnya ada, tapi suma ni base on permerhatian sayalah. Orang lain tak pasti setuju atau tidak. Jom kita mepek pasal ini entry. Jom!!

Macam mana kita nak kelaskan 2 jenis kawan ni? Macam mana yang dipanggil kawan keperluan dan macam mana pulak yang dipanggil kawan kehendak? Oken. Jom saya jelaskan mengikut perspektif saya.

Kawan Keperluan : >>> Kawan jenis ni selalunya akan lebih didahulukan berbanding kawan kehendak. Kawan keperluan ni kita boleh rumuskan sebagai kawan yang rapat dengan kita. Mana je kita nak p, kawan jenis ni la yang kita akan angkut dulu. Asal ada apa-apa je aktiviti, kawan jenis ni la yang kita dahulukan.

Kawan Kehendak : >>> Kawan jenis ni pulak lebih mudah dikatakan kawan sampingan. Bila kawan keperluan tidak ada, barulah kawan kehendak dicari sebagai ganti. Atau, kadangkala dipanggil sekadar untuk memeriahkan suasana sahaja. Kira, kawan kehendak ni hanya sekadar untuk mendapatkan manfaat je kot bila kawan keperluannya takda.

Permasalahan : >>> Wajarkah perkara ini berlaku sedangkan kita semua berada dalam komuniti yang sama? Kenapa perlu ada istilah Kawan Keperluan dan Kawan Kehendak? Apa, Kawan Kehendak 2 bukan manusia jugak ke? Bagaimana permasalahan ini dapat dikurangkan?

Jawapan : >>> Tepuk dada, tanya iman. Tanyalah diri sendiri sejauh mana niat kita dalam berkawan dengan seseorang. Berkawan sekadar ingin berkawan atau punya agenda yang tersendiri. Tapi, suka saya tegaskan disini bahawa adakalanya kawan kehendak kamu lebih bernilai daripada kawan keperluan kamu yang mungkin peratus untuk mengkhianati kamu lebih tinggi berbanding kawan kehendak.

Renungan : >>> Kita sama-sama manusia. Punya mentaliti yang berbeza. Tapi, 2 bukan point utama untuk kita membelakangi orang lain yang mungkin pada kita dia hanya kawan kehendak kita. "Saya lebih perlukan kawan keperluan saya sahaja". Mind you kalu berani fikir begini! Siapa kamu untuk membeza-bezakan kamu dengan orang lain sedangkan kamu juga manusia biasa?! Jangan bagi saya jumpa dengan orang persis ni. Bernanah telinga dia t kena !@#$%^ dengan saya t...

Kesimpulan : >>> Kawan Keperluan dan Kawan Kehendak seharusnya tidak patut diwujudkan. Berkawanlah dengan seikhlas hati. Bersihkan jiwa, hati dan mentaliti dalam berkawan. Suka saya ulang disini. Kita berada dalam komuniti yang sama. Jangan pernah membeza-bezakan. Kita adalah serupa. Tiada istilah, "aku senior, ko junior." Jangan sampai saya jawab, >>> "Apa dia??!! Ko ngan aku sebaya! Senior2 pa??!!"
Remind this.....~~

7 comments:

wasabi onee-san said...

kwn kehendak dan kwn keperluan, kedua2 nye mnusia, pnya perasaan, msti slh sorg kecil hati kalau d buat sedemikian..
paling adil, bg lah layanan yg sma rata trhdp sume kekwn..
ngee~~ ^^,

Anonymous said...

bg i..kwn kprluan yg u said 2 more kpd kwn rpat..best fwen..of coz la kna dahulukn...ye dak?..kwn khndak 2 plak kwan bsa je..ada xpe,xda pun x jd msalah..mende ni mmg suma org wat kot..u pun mst ada best fwen yg akn didahulukn dn diajak klu nk wat sometin'..am i rite?

fieydaafiey said...

uit wasabi, hohoho... btol la 2. pasai 2 jgn membeza2kan kawan. lyn sama rata. bru kita rasa sonok nak berkawan. kan3??

anonymous, awak btol la 2. tp bg sy y not kite treat kwn2 secara sama rata tnpa perlu pikir die kwn rapat atau x. xkan setiap masa kita nak backup yg rapat je wlpun die slh kan. bnda ni lbh kpd mentaliti manusia sebenarnya. "suma org wat kot" yg awak kate 2lah yg merujuk kpd mentaliti manusia yg ssh nak diubah. gaya permikiran yg blm capai thp yg sewajarnya. 2 pndpt sylah. tp, sy xsuka ade istilah dulukan sapa2. bg sy, suma ade hak tok didulukan xkira die best fren or not. sumanya bergantung atas niat kita dlm berkawan... (^___^)

Anonymous said...

2lah lumrah dlm bersahabat ni..kbnyakn pershbtan mmg cmtu..ok,sy bg cntoh ek..klu awk ada 5 tket wyg,rsa2nyalah,kpd sp awk nk bg dlu?msti awk akn terpkirkn kwn2 yg rpat ngn awk dlu kn?sbb kpla dh sma..mst nk yg leyh enjoy sma2 ngn kta kn..sy stju gak ngn statement awk 2..x slah pun.sy cma bg pndpt sy je..lumrah lah 2..ckp psal pmikirn plak.mmg xda yg akn capai thap trtggi even msuk unvrsti pun..:)nobody perfect..kta yg trasa dprlakukn bgtu kna bljr trma hkikat..x smua org leyh plih smua org or kwn..kta mst ada the chosen 1 or 2...:)

Anonymous said...

opss..miss it..sorry..psal cntoh 2..tket ada 5 je..how come nk ajak sume kwn kn..so,nk xnk kna plih n cri kwn yg bleyh ngm ngn kta gak kn..xkn nk men rembat je kwn2 yg ada kdg2 2 x mnat pon tgok wyg..mst x best kn...:)

fieydaafiey said...

haaa... sy suka contoh awak 2. betol la 2 kan. ade 5 tiket, nak bagi kat sape kalu x yg 1 kepala ngan kita. awal betol ttg 2. tapi, cuba awak kecikkan sket skop berkawan ni. mgkin slp sy jgk x mention betol2. mcm ni. kita dlm situasi dimn kita & kwn2 kita adlh 1 batch, 1 kos, sebaya. then, kita sma2 berjuang dlm 1 matlamat yg sama iaitu cri ilmu dlm bidang yg kita ceburi. tp knpa kita nak membeza2kan kwn yg seiring dn sejln dgn kita pdhal org 2 pusing2 je pun kita jumpa. 1 kelas, 1 kos, 1 arena. y nak beza ikut ade kwn keperluan dn kehendak sdgkan masing2 dlm komuniti yg sama? 2 yg sy x phm dgn org jenis mcm ni sbnrnya. lagi parah bila dh makin bsr kepala. menganggap diri senior dikalangan kwn2 sebaya. ape kes kan? kalu didalami entry sy yg ni, sy lbh merujuk kpd kwn yg searena dgn kita. phm kan mksud searena ni? jadik, kalu dah kita dlm laluan yg sma, knpa x treat kwn2 secara sama rata tnpa perlu wujud erti keperluan dn kehendak?

oken. sy suka topik pasal mentaliti. kita x perlu capai tahap permikiran yg terlalu bombastik sbnrnya. ckp sekadar jgn terlalu streotype terhadap sesuatu. org kita ni permikiran dia suka mengikut2 org. knpa xda pemikiran berasaskan minda sendiri? 2 sbb wujudnya "sume org wat kot" dlm msyrkt kita pasai sikap suka ikut mengikut ni lah. betol 2. no body is perfect. sy pun x perfect. cuma nak kita suma berfikir dgn lebih matang dlm hidup ni. jgn cpt melatah dlm sesuatu perkara. rasional dlm berfikir. tp 2lah... manusia dan mentaliti sukar tok diubah memandangkan sumanya dah sebati dlm diri... (^____^)

Anonymous said...

ada kwan sy pnah jd cmni gak.bla kwan2 lain outing,dia x diajak..cma kdg2 je diajak 2pun sbb nk ckupkn org..bla dpikir2kn blik,knp jd cmtu kn?mgkin la..slah sndri jgk..cpt snstif,rsa dri je yg btol..n lg truk sk ckp blakg..skp mcm 2 y wat org rsa mnympah nk ajak kta ke mna2..
sy sk stment awk2.."jgn cpt mlatah dlm ssuatu prkra".kdg2 wlupun kta dlm 1 kos,sbya n mcm2 1 lg lah kn, kta x terpkir pun y kta dh lyn kwn kta lbeyh dri y lain2..smpai wat kwn2 yg x dilayan 2 trasa n x slesa.2lah,sbg mkhluk Allah ni,kta byk wat slah n x sdar pun kdg2 2.
mentaliti stereotype mmg slalu wjud.mentaliti sk berprasangka,wat andaian sndri n cmbru pun ada..kwn y snstif mst trasa bla jd mcm ni.
tp kta yg ada akal.boleh brfikir scara mtang patutnya lbeyh bijak bla ada c2asi mcm ni..sng ckp la..kta jgn wat mcm org lain dh wat..try cipta 1 pmikiran yg bru klu mampu..
y slalu sy perhatikn,mmg mcm ni lah slalu jd..cma fikiran kta yg tau cmna nk tfsirkn kwan2 ni...x smua org suka ngn kita..