Monday, August 30, 2010

Fida Dan Peraduan Puji-Memuji RM50




Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Bertemu lagi kita dalam episod yang seterusnya dimana episod kali ini agak istimewa kerana ianya melibatkan satu peraduan yang diberi nama "PERADUAN PUJI-MEMUJI RM50!" Errr.... Motip peraduan ini? Tidaklah saya ketahui. Sebarang komen mahupun maklumat lanjut, sila layari http://icemanzwalking.blogspot.com @ http://networkedblogs.com/6Kupg.
Blog tersebut adalah sebuah blog peribadi. Dikawal selia dan diperintah secara diktator oleh KHAIRUL HAKIM SAIBANI. Segala fitnah, komen dan kata-kata yang berupa tidak sopan, tidak berguna dan mencabar kredibiliti beliau sebagai pemilik blog dan akan di delete secara kejam sesuai dengan salah laku yang tidak bermaruah dan hina itu. (copy paste. kasik panjang. heh...)

1) Fida dan icemanzwalking.blogspot.com

Icemanzwalking.blogspot.com adalah satu blog yang amat asing bagi saya suatu ketika dahulu. Hal ini kerana saya bukanlah seorang yang superaktif dalam beblog. Bagi saya, kalu dapat meluangkan masa hatta sesaat pun untuk menjenguk blog, adalah satu penghargaan yang amat besar pada diri saya. Justeru itu, adalah sukar untuk saya mengenali blog2 manusia lain.
Namun, bak kata Ustaz Fakhrul, tak kenal, maka x kenal. Diawal pembabitan saya dalam dunia pesbuk, saya telah mengenali Khairul Hakim Saibani dan secara tidak langsung saya juga mengenali icemanzwalking.blogspot.com melalui si ownernya. Maka, dengan itu dapatlah saya simpulkan disini bahawasanya pengenalan diantara saya dan icemanzwalking.blogspot.com adalah berlandaskan pesbuk si owner blog ini.

2) Fida dan membaca

Pertama kali membaca blog ini, saya terpikir akan sesuatu. Mahu tahu apa dia?? "Tak sangka dak ni otak katon gak ye. Ayat bleh tahan gak gile2. Tengok owner cam nerd je." Mintak ampun disitu. T_____T (tolong jgn deduct mark saya wahai owner)
Sedikit demi sedikit, saya mula tertarik dan menarik diri saya untuk membaca blog ini. Kadangkala saya kagum dengan pengisian blog itu dan ianya saya jadikan sebagai panduan untuk memperkembangkan blog saya. Apa yang saya jadikan sebagai panduan adalah dalam memperindahkan bentuk penulisan bagi menarik minat pembaca untuk terus melekat, menilik, mentafsir, merumus dan membaca sesuatu entry dengan lebih berkeyakinan. Oleh itu, mesej sesuatu entry itu dapat disampaikan dengan berkesan kepada si pembaca. Disitulah kelebihan blog icemanzwalking itu.

3) Fida dan Khairul Hakim

Banyak perkara yang berlegar diminda saya tatkala beralih pada sesi ini. Siapa Kahirul Hakim yang saya kenali ini??? Apa ada pada beliau??? Mari. Saya bawa anda menyusuri dan selami bahagian ini dengan lebih lanjut. Sila lihat dibawah.

(a) Khairul Hakim yang pertama kali saya kenali adalah ketika zaman kegemilangan ber ko k an.

(b) Bertambah mengenali beliau melalui fesbuk Khairul Hakim Saibani.

(c) Berdarab, berbahagi mengenal beliau adalah melalui icemanzwalking.blogspot.com

(d) Beliau mengajar saya erti menghargai saat indah dalam menghayati makanan. Mengajar saya erti keenakan yang ada dalam makanan itu. Maka, tidak hairanlah beliau amatlah gemar mentag gambar makanan pada saya. Lantas, saya akan mengomen, "tag aje ke...." yang membawa kesinambungan maksud, "real punye xde???"

(e) Beliau juga yang bertanggungjawab membantu saya dalam memperkembangkan blog saya yang x seberapa ini. Diatas hasil kerjanya yang amat artistik, blog saya berjaya di make up dengan begitu macho sekali bersesuaian dengan kehendak dan pemintaan saya. Saya amat terharu dengan pertolongan yang diberikan oleh beliau. Tanks dee.... (^____^)

(f) Selain itu, beliau juga telah menaiktarafkan diri saya sebagai pakar kaunseling online beliau. Saya senang dengan kenaikan pangkat itu. Tapi, gaji mau naik jugak laaa..... T______T

(g) Khairul Hakim adalah manusia yang bertanggungjawab atas penggunaan perkataan "okeng" yang telah diikut2 secara tidak langsung oleh saya. Namun, apa yang pasti saya terasa seperti sengau tatkala menyebut perkataan itu. Beliau tak rasa begitukah???

(h) Beliau juga sering memperingatkan saya tentang pencarian cinta bukanlah mudah. Pelbagai rintangan dan halangan perlu dihadapi dalam mencari cinta sejati. Semua itu adalah untuk dinikmati dan dipelajari. Saya amat hargai nasihat ini.... (",)

(i) Banyak lagi sebenarnya yang mahu saya kongsikan disini. Namun, masa amat mencemburui saya. Mata kian mendengki, kepala kian menjeles. Semua itu adalah faktor dalaman yang tidak mampu saya kalahkan. Oleh itu, bahagian ini tamat disini dengan rasminya. ^____^

4) Fida dan gambar



Ingat gambar nih? heheh....

5) Fida dan Slogan

"Saya rasa icemanzwalking adalah sebuah blog yang sarat dengan identitinya yang tersendiri dimana karyanya tidak jemu untuk dibaca malah amat bersesuaian dengan semua lapisan masyarakat tidak kira kanak-kanak, dewasa mahupun golongan veteran."

6) Fida dan pengakhiran

Time to sleep. zzzzzzzzzzz............ d(^_____^)b

Saturday, August 14, 2010

Fida Dan Abang


Ok. Topik baru. Fida dan abang. Menceritakan dua beradik yang jurang umur dua manusia ni sebanyak 5 tahun. Ada sejarah di sebalik Fida dan abang. Kisah bermula pada ketika Fida baru sahaja keluar dari perut mak tok lihat dunia... Mak cakap, abang sangat sayang Fida. Orang nak dukung Fida pun, abang x bagi. maklumla... Adik pertama abang. Sebelum ni abang ade kakak ngan abang je. 2 yg abang sayang bangat sama Fida, adiknya....

Sejarah diteruskan dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh seorang abang kepada Fida. Kemana sahaja abang pergi, pasti Fida diusung sama. Abang jugaklah yang ajar Fida bawak motor. Abang kata, bawak motor laju2 tau. Jimat minyak. Minyak x sempat kering kalu bawak laju. Fida yang baik itu ikut saja saranan abang. Sebab 2lah sampai ke la ni Fida suka bawak motor laju2. Gara2 nasihat abang yang bernas itu................

Namun, sejarah manis mula bertukar corak. Semua berlaku masa Fida umur 5 tahun dan abang umur 10 tahun. Fida ajak abang men bola dalam rumah. Abang xnak. Fida paksa jugak. Nak men kat luar, panas. Fida alergi. Abang akur. Men punye men, Fida telah membuat sepakan lintang ala David Beckham dan tepat mengenai pasu besar mak.................. dan, saat itu jugak Fida dengan pantas menyusup masuk bilik. Dan lagi, sapa yang jadi mangsa mak?? ABANG.......

Next, masa abang umur 12 tahun dan Fida berumur 7 tahun. Waktu 2, abang dah xnak kawan sangat ngan Fida. Gara2 sepakan lintang Fida 2. Abang dah de kawan lain. Yg sejenis dengan dia. Satu malam, abang kena tgkp ngan abah. Sebab merokok. Kepantangan abah bila anak dia merokok. Abah heret abang balik rumah, dan panggil suma isi rumah yg ade. Waktu 2, Fida nyorok belakang mak, sbb tau kalu abah dah ngamuk, masaklah.....................

Depan isi rumah suma, abah telah menoyoh suma rokok yg ada kat mulut abang. Terbatuk2 abang bila serbuk rokok masuk mulut dia. Abang pandang Fida. Bagai mohon pertolongan. Tapi, Fida hanya menaikkan ibu jarinya dan senyum sinis kat abang. Zaappp!!!!! Jelingan maut dari abang tok Fida yang membawa maksud, "jaga ko pasnih!" Fida wat muka tenggek je sambil wat jelingan ala2 manja gitu kat abang, yg membawa maksud, "ko usik aku, aku kabo abah!"

Suma 2, sejarah cuma... Fida dan abang dah x rapat mcm dulu. Abang dah ada kawan lain. Dia x moh kawan ngan Fida dah. Fida pun dah de kawan lain. Masing2 bawak haluan sendri... Sampai ke besar..... Kau2, aku2.. Tp, ade 1 hal yg abang akan bermulut manis ngan Fida walaupun dah besar........ Malam raya, "Gosokkan baju melayu aku, ye.........." Fida stat je motor, "Ko nak g kedaikan? belikan aku barang jap." Fida bukak bekas gula, "Buat tok aku skali tau." Fida nak goreng telur, "Aku nak jugak."

Tapi, bukan abang je wat gitu kat Fida. Fida pun lbh kuang jgk. Contohnye....... "Aku nak balik ni. Amik aku tau kat bus stop". "Anta aku kat Teluk Intan jap." "Abah suh ko anta aku g Meru." "Pinjam motor ko. Motor aku abis minyak." "Nak card reader." "Beli topup. Malas kuar." "Nak enset ko. Tukar la...." Dll............

Ape pun, suma 2 kenangan..... Kenangan dua beradik.... Gaduh macam mana pun, masih adik beradik.... Masih ada chemistry itu........ (^______^)

Friday, August 13, 2010

Fida Dan Ramadhan




Dah macam Diari Ramadhan Rafique plak. ngeh3.... Oh yea! Nak stori sket tentang puasa. Pasal pe nak cite pasal pose? Pasal ni bolan pose la. Ape lagi. Aish..... Stori ni insyallah xkan pernah insan baik bernama Fida lupakan sampai bila2.... (sempat gak puji diri. ngeh....) Ok. Jom kita bercerita. Pada satu masa dahulu............................

Tak bape ingat tahun bila... (tadi kata xkan lupa sampai bila2. Ish3....) Cerita bermula pada first umat Islam nak sambut pose... Mak yang terchenta sakit... Amat teruk sakitnya sampai kena bawak p hospital pakar kat kl nun. Sian kat mak. Dah la mak mmg amat xcited bab2 sambut pose ni. Tapi tulah... Sihat or sakit bukan kita tentukan... Dipendekkan cite, mak dok kat hospital 2 dlm 2 minggu asenye. Ok. Bagaimana Ramadhan tanpa mak disisi??

Semua nie ada hikmah dia... Hikmah yang mengajar Norafidah binti Hamid erti kedewasaan... Selama ni mak lah yang setia menyediakan kelengkapan berbuka dan bersahur... Fida?? Fida tolong tau... Tapi, 2lah.... Part time je kot. ngeee...... Tapi, bila mak dah sakit, sapa nak buat suma2 tu? Sapa nak bangun kol 4 pagi buat sahur? Sapa?? Abah? Abang? Fida? Time 2 kat umah mana ada anak dara lain dah. Fida jela. Maka, dengan itu, Fidalah yang buat sumanya....

Bangun 4 pagi.... terpisat-pisat g dapur... Bengong2 je time 2... Xtau nak watpe... Mak xde.... Sedih.... Gagah juga lak wat segala macam tok abah... Abang?? Xpayah pun xpe! Gerak suh sahur pun macam nak runtuh rumah bila dia wat mengong je orang ketuk bilik dia kuat2. Buat keras je. Ase memang nak sekeh kepala dia laju2 je time 2. Orang lelaki memang gitu. ish3.....

Dipendekkan cite lagi, memang setiap harilah Fida bangun wat sahur ngan berbuka. Semua sebab abah... Abah x boleh kalu x sahur... Sian kat abah kalu x buat sahur... Sian kat mak yang kat hospital time 2.... 2 minggu pastu mak kuar. Mak dok kat umah akak kat Meru nun. Sebulan umat Islam berposa, sebulna 2 jugak lah mak x posa sama2.... Condition masih x stabil... Tapi mak best! Bila dah sihat, mak ganti posa sebulan 2 ngan gigih walaupun time 2 orang suma syok2 makan dan minum sesuka hati mereka. Tapi, mak terkilan satu je. Mak xdapat nak wat pose 6. X sempat pasal mak x bape sihat lg. Pada hal, tiap tahun Mak x lepas wat pose 6. Yang lepas, anak dia ni ha..... aish.....

Tapi tulah... Memang amat terasa bila mak xde kat sisi time bolan pose... Sedih kau tau.... Tengok abah pun x ceria je bila buka ngan sahur.... Tapi abah tetap tunjuk wajah cool dia. Pada hal, dalam hati tacing isteri yang terchenta xde kat sisi.....

Ape pun, mak dah ok dah. Dah ligat semula kat dapur. Dah mula membebel bila Fida bangun lambat. hohohooho... Abah pun dah ok. Dah xde wajah tacing2 abah dah. Abang? x cite pasal dia pun xpe. aish....

Errmm... cukup la kot. Stop dulu disini. Masih x pandai g nak wat entry yang menarik. Mana yang terlintas 2la yang ditaip. heeee.... Okeng2. Nice to see, nice to read! ngee..... (^_____^)

Wednesday, August 11, 2010

Serving di Dewan Warisan

Great time with all of you guys!! :)
Bila agaknya dapat serving kat 5 star hotel..
Gyahahaha... c(: