Showing posts with label hidup aku. Show all posts
Showing posts with label hidup aku. Show all posts

Friday, December 24, 2010

Soalnya Hati...

Susah nak ungkap perkataan itu... Susah nak gambarkan perasaan itu... Keliru... Tak tahu... Buntu... Saya cuba mengajar hati ini. Mengajar hati ini untuk terus berperasaan. Namun, semuanya seakan tak punya apa-apa kesan pun. Saya gagal memujuk hati. Saya gagal memahami diri. Tapi, dalam waktu itu saya memerlukan perasaan itu. Permasalahannya, kenapa tiada pada kamu?

Saya berasa berdosa bila cuba membohong diri. Berpura seperti saya perlu kamu. Dalam hati, saya rasa kosong. Kosong... Sekosong-kosongnya... Saya pohon maaf kerana jadi begini. Saya sendiri tidak pasti apa yang membuatkan hati saya seolah-olah menidakkan kehadiran kamu. Saya cuba berterus-terang, tapi bimbang kamu terluka. Jika tidak diperkatakan, saya pula yang mungkin terluka... Permasalahannya, bagaimana cara untuk memberitahu kamu?

Saya sering berangan, mahu dimiliki sebuah hati. Tapi saya gagal mencari sebuah hati itu. Dulu, saya sangka saya sudah temui hati itu pada kamu, namun hati saya masih menidakkan hati kamu. Bodohkah saya kerana berperasaan begini? Salahkah saya memburu hati yang benar-benar saya impikan selama ini?

Mungkin ada yang beranggapan saya terlalu tamak. Tamak kerana ingin memiliki sebuah hati sedangkan sudah ada hati yang memberi. Ya. Saya memang seorang yang tamak. Saya tamak bila ia melibatkan soal hati dan perasaan. Sehingga kini, hati saya masih belum temui sebuah hati yang bisa membuat hati saya berkata, "Ya... Hati ini adalah milik hati itu..." Tak... Saya tak ketemuinya lagi... Hingga kini...

Susahkan menjadi saya. Mengimpikan sesuatu yang entah bila akan tiba. Mengharap, menanti, hari demi hari. Hingga kadangkala hidup saya letih memikirkan soal hati ini... Saya cemburu melihat kamu-kamu yang dah temui pemilik hati kamu. Tapi saya? Entah... Entah bila...

Saya coretkan luahan ini bukan untuk meminta simpati. Cuma, ini adalah sebuah luahan yang tak mampu saya perkatakan secara lisan. Dengan cara ini sahaja yang mampu saya lakukan agar luahan hati saya tidak terbuku di dalam jiwa. Lelah saya menyimpan semua ini... Lelah saya memikirkan segalanya... Saya hanya inginkan sebuah kelegaan yang sempurna. Ya. Kelegaan. Kelegaan setelah segalanya ini berakhir...

Masih adakah ruang untuk hati ini dimiliki?....

Saturday, August 14, 2010

Fida Dan Abang


Ok. Topik baru. Fida dan abang. Menceritakan dua beradik yang jurang umur dua manusia ni sebanyak 5 tahun. Ada sejarah di sebalik Fida dan abang. Kisah bermula pada ketika Fida baru sahaja keluar dari perut mak tok lihat dunia... Mak cakap, abang sangat sayang Fida. Orang nak dukung Fida pun, abang x bagi. maklumla... Adik pertama abang. Sebelum ni abang ade kakak ngan abang je. 2 yg abang sayang bangat sama Fida, adiknya....

Sejarah diteruskan dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh seorang abang kepada Fida. Kemana sahaja abang pergi, pasti Fida diusung sama. Abang jugaklah yang ajar Fida bawak motor. Abang kata, bawak motor laju2 tau. Jimat minyak. Minyak x sempat kering kalu bawak laju. Fida yang baik itu ikut saja saranan abang. Sebab 2lah sampai ke la ni Fida suka bawak motor laju2. Gara2 nasihat abang yang bernas itu................

Namun, sejarah manis mula bertukar corak. Semua berlaku masa Fida umur 5 tahun dan abang umur 10 tahun. Fida ajak abang men bola dalam rumah. Abang xnak. Fida paksa jugak. Nak men kat luar, panas. Fida alergi. Abang akur. Men punye men, Fida telah membuat sepakan lintang ala David Beckham dan tepat mengenai pasu besar mak.................. dan, saat itu jugak Fida dengan pantas menyusup masuk bilik. Dan lagi, sapa yang jadi mangsa mak?? ABANG.......

Next, masa abang umur 12 tahun dan Fida berumur 7 tahun. Waktu 2, abang dah xnak kawan sangat ngan Fida. Gara2 sepakan lintang Fida 2. Abang dah de kawan lain. Yg sejenis dengan dia. Satu malam, abang kena tgkp ngan abah. Sebab merokok. Kepantangan abah bila anak dia merokok. Abah heret abang balik rumah, dan panggil suma isi rumah yg ade. Waktu 2, Fida nyorok belakang mak, sbb tau kalu abah dah ngamuk, masaklah.....................

Depan isi rumah suma, abah telah menoyoh suma rokok yg ada kat mulut abang. Terbatuk2 abang bila serbuk rokok masuk mulut dia. Abang pandang Fida. Bagai mohon pertolongan. Tapi, Fida hanya menaikkan ibu jarinya dan senyum sinis kat abang. Zaappp!!!!! Jelingan maut dari abang tok Fida yang membawa maksud, "jaga ko pasnih!" Fida wat muka tenggek je sambil wat jelingan ala2 manja gitu kat abang, yg membawa maksud, "ko usik aku, aku kabo abah!"

Suma 2, sejarah cuma... Fida dan abang dah x rapat mcm dulu. Abang dah ada kawan lain. Dia x moh kawan ngan Fida dah. Fida pun dah de kawan lain. Masing2 bawak haluan sendri... Sampai ke besar..... Kau2, aku2.. Tp, ade 1 hal yg abang akan bermulut manis ngan Fida walaupun dah besar........ Malam raya, "Gosokkan baju melayu aku, ye.........." Fida stat je motor, "Ko nak g kedaikan? belikan aku barang jap." Fida bukak bekas gula, "Buat tok aku skali tau." Fida nak goreng telur, "Aku nak jugak."

Tapi, bukan abang je wat gitu kat Fida. Fida pun lbh kuang jgk. Contohnye....... "Aku nak balik ni. Amik aku tau kat bus stop". "Anta aku kat Teluk Intan jap." "Abah suh ko anta aku g Meru." "Pinjam motor ko. Motor aku abis minyak." "Nak card reader." "Beli topup. Malas kuar." "Nak enset ko. Tukar la...." Dll............

Ape pun, suma 2 kenangan..... Kenangan dua beradik.... Gaduh macam mana pun, masih adik beradik.... Masih ada chemistry itu........ (^______^)

Saturday, September 12, 2009

Aku yang malas...

Dah lame giler x tulis dlm blog nih. malas giler nak wat.. Tambah2 lagi broadband yg dah 'bye2'. heheh... Kalu nak tggu aku trn kafe on wireless, lagi ah aku malas. entah ah. sem ni malas tol aku. pelik tol. ape nak jadi ah ngan aku ni... ish333....

Bukan kate malas nak tulis, nak edit blog pun mls. apetah lagi crik membe. syok sendiri je aku dlm blog nih. member xde pun. Hahahha...

Ttgkla. Kalu rajin t aku watla lawa2. Kalu x, gini jelah...

Wokeh. Stop dl. Papai...