Friday, December 24, 2010

Soalnya Hati...

Susah nak ungkap perkataan itu... Susah nak gambarkan perasaan itu... Keliru... Tak tahu... Buntu... Saya cuba mengajar hati ini. Mengajar hati ini untuk terus berperasaan. Namun, semuanya seakan tak punya apa-apa kesan pun. Saya gagal memujuk hati. Saya gagal memahami diri. Tapi, dalam waktu itu saya memerlukan perasaan itu. Permasalahannya, kenapa tiada pada kamu?

Saya berasa berdosa bila cuba membohong diri. Berpura seperti saya perlu kamu. Dalam hati, saya rasa kosong. Kosong... Sekosong-kosongnya... Saya pohon maaf kerana jadi begini. Saya sendiri tidak pasti apa yang membuatkan hati saya seolah-olah menidakkan kehadiran kamu. Saya cuba berterus-terang, tapi bimbang kamu terluka. Jika tidak diperkatakan, saya pula yang mungkin terluka... Permasalahannya, bagaimana cara untuk memberitahu kamu?

Saya sering berangan, mahu dimiliki sebuah hati. Tapi saya gagal mencari sebuah hati itu. Dulu, saya sangka saya sudah temui hati itu pada kamu, namun hati saya masih menidakkan hati kamu. Bodohkah saya kerana berperasaan begini? Salahkah saya memburu hati yang benar-benar saya impikan selama ini?

Mungkin ada yang beranggapan saya terlalu tamak. Tamak kerana ingin memiliki sebuah hati sedangkan sudah ada hati yang memberi. Ya. Saya memang seorang yang tamak. Saya tamak bila ia melibatkan soal hati dan perasaan. Sehingga kini, hati saya masih belum temui sebuah hati yang bisa membuat hati saya berkata, "Ya... Hati ini adalah milik hati itu..." Tak... Saya tak ketemuinya lagi... Hingga kini...

Susahkan menjadi saya. Mengimpikan sesuatu yang entah bila akan tiba. Mengharap, menanti, hari demi hari. Hingga kadangkala hidup saya letih memikirkan soal hati ini... Saya cemburu melihat kamu-kamu yang dah temui pemilik hati kamu. Tapi saya? Entah... Entah bila...

Saya coretkan luahan ini bukan untuk meminta simpati. Cuma, ini adalah sebuah luahan yang tak mampu saya perkatakan secara lisan. Dengan cara ini sahaja yang mampu saya lakukan agar luahan hati saya tidak terbuku di dalam jiwa. Lelah saya menyimpan semua ini... Lelah saya memikirkan segalanya... Saya hanya inginkan sebuah kelegaan yang sempurna. Ya. Kelegaan. Kelegaan setelah segalanya ini berakhir...

Masih adakah ruang untuk hati ini dimiliki?....

Thursday, December 9, 2010

Kita Dan Scandalisme...

Apa itu scandalisme?? Ade ke termaktub dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka perkataan tue?? Apa pun, bukan itu main point dia di sini yea. Apa yang nak disampaikan adalah mengenai scandalisme itu sendiri . Saya mencerna idea mengenai scandalisme ini bila mana saya memerhati dan menteliti masyarakat di sekeliling saya. Apa yang saya lihat dan apa yang saya teliti menarik minat saya untuk berkongsi dengan apa yang dapat saya rumuskan mengenai perkara ini. Entry kita kali ini lebih bersifat serius, oken. Heh...

Scandalisme. Sememangnya tidak pernah lari dari kehidupan seorang manusia. Tidak kira apa jua spesis manusia anda itu; artis, ahli koprat, ahli sukan, ahli muzik, dan macam-macam lagi. Kenapa scandalisme ini wujud? Dan amat terserlah jika kita bijak mengamati perkara ini. Saya difahamkan, ada segelintir berpendapat scandalisme ini wujud gara-gara orang lain yang sengaja menimbulkan perkara ini terhadap orang lain. Namun, yang lebih ketara yang dapat saya lihat apabila ada individu-induvidu tertentu yang sememangnya dengan sengaja mencipta, membuat, menggalakkan dan membenarkan diri mereka untuk terlibat dalam kancah scandalisme ini. Kenapa perlu begitu? Apa yang menariknya dengan melibatkan diri dalam scandalisme ini??

Saya sungguh tidak faham. Kenapa perlu menyusahkan diri dengan menjebakkan diri dalam kancah scandalisme ini?? Saya tidak nampak apa kebaikan dia. Apa yang saya lihat, semuanya buruk-buruk belaka. Suka saya tegaskan disini, saya adalah ANTI SCANDALISME! Mengapa? Kerana saya benci kancah ini seperti mana saya benci bila orang kutuk-kutuk Chahir saya... Eh?! Perlu ke selitkan kat sini. Adeh... Sori yea si reader. Terlebih dose sekejap. Heh...

Apa pun, saya mohon pada kalian semua. Janganlah libatkan diri anda pada kancah ini samada secara langsung atau tidak. Jauhkan diri anda. Ia sama teruk dengan anda libatkan diri dalam kancah rasuah. Eh! Rasuah tu tak elok, oken. Boleh kena lokap kau tahu?? Suka saya nasihatkan di sini. Berkawanlah dengan ikhlas. Jangan wujud sebarang agenda ketika berkawan. Elakkan scandalisme. TAK ELOK!! Boleh membahayakan kesihatan. Tak percaya?? Baik. Saya buktikan.

Kamu akan cepat sakit hati bila lihat skandal kamu bersama orang lain. Maka, akan wujud 2 jenis penyakit di sini. Oh. Tak. 3 sebenarnya.

(1) Sakit hati.
(2) Sakit jiwa.
(3) Darah tinggi.

Heheh... Yang lain pula, kamu akan mengalami serangan jantung secara mengejut bila rahsia scandalisme kamu TERBOCOR secara rasminya. Hello!! Serangan jantung membunuh 1 daripada 8 rakyat Malaysia tau. Dengan itu, makanlah Quaker Oat. Baik untuk jantung anda. Iklan sebentar...

Maka, dengan ini sekali lagi saya menyeru kepada kalian semua agar segera sedar akan keburukan scandalisme ini. Tak ke mana pun main-main skandal ni... Percayalah... Menyusahkan adalah. Aish... Oken. Saya stop di sini dulu. Renung-renungkan dan selamat beramal.... d(^____^)b

Sunday, December 5, 2010

20 perkara yang kamu perlu tahu tentang Fieydaa Afiey...

p/s >> ziyana zain, entry ni maybe ade sket2 cm entry ko yang 25 random segala bagai tulah. tapi Fieydaa Afiey wat 20 je. heheh... Sila terus ke bawah. Time kasih.



1) Saya seorang budak yang baik. Hik3... Perlu tahu kebenaran ini. Ini adalah perkara benar. Bukan main-main, oken?

2) Orang selalu ingat saya ade adik. Dop lah... Saya anak bongsu lorh... Bongsu yang baik. Heh...

3) Saya kidal. Ya. Kidal. Lefthanded. Aiceh! Lagenda punye band tu. Hohohoho...

4) Fida dan tido tak dapat dipisahkan....

5) Fida dan makan adalah seiring dan sejalan.

6) Sangat obses sama hitam dan hijau. Eh. Kuning pun suke gak. Pink?? Nop la....

7) Lebih suka motor dari kereta.

8) Pernah dianugerahkan 'minah rempit' oleh kakak dan cikgu sekolah gara-gara sangat gemor bawak motor laju-laju dan tak mau dok diam. Asik usung helmet je. Ish3...

9) Play wood, keping, kering, tiang letrik dan yang sama waktu dengannya adalah antara gelaran-gelaran yang diberi oleh kawan-kawan sekolah. Sungguh kureng la diorang nih...

10) Dulu, belajar aliran engineering, pastu ekonomi, la ni hospitaliti. Jauh sungguh terpesong...

11) Kalau orang lain sangat taksub sama barang berjenama, saya langsung tak heran. Heh...

12) Spongebob Squarepants. Ada macam-macam barang beliau like bear die, selipar, mug, baju, bantal dan lain-lain. Heee...

13) Kawan-kawan kata saya seorang yang kelakar... Err.... Entahla... No komen...

14) Lebih gemar bermain dengan nombor daripada perkataan. Saya suka Math sebenarnya...

15) Pernah buat satu cerpen nih tapi tak pernah siap. Tika malas menguasai diri...

16) Sangat gemar nasyid. Dari dulu lagi. Nampak je rock tapi berjiwa nasyid. Aiceh! Hik3...

17) Susu??? Weekkkkkkkkk!!! Bau pun nak muntah. Huh...

18) Saya sayang motor saya. Lagenda 110. AFD 6647. Tapi, dah xdok.... Sob3....~~

19) Saya taklah minat Shahir sangat sebenarnya... Betol... Percayelah...

20) Setakat ni, ada 20 orang anak sedara a.k.a. anak menakan. Pasni, tak tau la ada bape lak. Heh...

Friday, November 26, 2010

Jika kamu... sila... (",)

1) Jika kamu seorang yang mudah mesra dengan orang tua, sila jauhkan diri kamu dari family saya kerana bimbang kamu akan menjadi menantu pilihan. Heh....

2) Jika kamu seorang Chinese look se look Lee Dong Wook, sila tutup muka kamu bila dekat dengan saya kerana saya penggemar chinese look. Hak3...



3) Jika kamu mempunyai suara serak-serak basah ala-ala Junsu dan Aril, sila jangan berkata apa-apa pada saya kerana bimbang saya akan jatuh cinta dengan suara kamu. Hohohoho...





4) Jika kamu beriras-iras Ashraf Muslim, sila pergi dari sini kerana khuatir saya akan mengushar kamu 24 jam tanpa henti. Heee....



5) Jika kamu seorang sporty macam si kembar N9 tue, sila berpura-pura kamu tak sporty bila saya di tempat kejadian kerana saya mudah jatuh suka pada si sporty. Lalala...



6) Jika kamu bermata kuyu ala-ala Farid Kamil, sila pakai spek mata hitam kerana kamu bisa buat saya angau setiap masa. Huh...



7) Jika kamu seorang yang style dalam membentuk rambut kamu seperti Fuzz Hmc Phlow, sila jangan muncul dihadapan saya kerana ia mampu menarik minat saya terhadap kamu. Aish...



8) Jika kamu seorang yang simple tapi kemas, sila duduk jauh dari saya kerana saya mungkin menganggap kamu adalah Iqram Dinzly saya. Ceh...



9) Jika kamu rasa kamu secomel Ahmad Shahir Zawawi, sila dekat dengan saya kerana saya nak tengok sejauh mana kecomelan kamu itu. Kompom Chahir saya lagi comel. Agagaga... (",)



* Gedik je wat entry macam ni. Huhuhu... Saja gatai tangan. Tak salah kan? Hik3....


Monday, August 30, 2010

Fida Dan Peraduan Puji-Memuji RM50




Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Bertemu lagi kita dalam episod yang seterusnya dimana episod kali ini agak istimewa kerana ianya melibatkan satu peraduan yang diberi nama "PERADUAN PUJI-MEMUJI RM50!" Errr.... Motip peraduan ini? Tidaklah saya ketahui. Sebarang komen mahupun maklumat lanjut, sila layari http://icemanzwalking.blogspot.com @ http://networkedblogs.com/6Kupg.
Blog tersebut adalah sebuah blog peribadi. Dikawal selia dan diperintah secara diktator oleh KHAIRUL HAKIM SAIBANI. Segala fitnah, komen dan kata-kata yang berupa tidak sopan, tidak berguna dan mencabar kredibiliti beliau sebagai pemilik blog dan akan di delete secara kejam sesuai dengan salah laku yang tidak bermaruah dan hina itu. (copy paste. kasik panjang. heh...)

1) Fida dan icemanzwalking.blogspot.com

Icemanzwalking.blogspot.com adalah satu blog yang amat asing bagi saya suatu ketika dahulu. Hal ini kerana saya bukanlah seorang yang superaktif dalam beblog. Bagi saya, kalu dapat meluangkan masa hatta sesaat pun untuk menjenguk blog, adalah satu penghargaan yang amat besar pada diri saya. Justeru itu, adalah sukar untuk saya mengenali blog2 manusia lain.
Namun, bak kata Ustaz Fakhrul, tak kenal, maka x kenal. Diawal pembabitan saya dalam dunia pesbuk, saya telah mengenali Khairul Hakim Saibani dan secara tidak langsung saya juga mengenali icemanzwalking.blogspot.com melalui si ownernya. Maka, dengan itu dapatlah saya simpulkan disini bahawasanya pengenalan diantara saya dan icemanzwalking.blogspot.com adalah berlandaskan pesbuk si owner blog ini.

2) Fida dan membaca

Pertama kali membaca blog ini, saya terpikir akan sesuatu. Mahu tahu apa dia?? "Tak sangka dak ni otak katon gak ye. Ayat bleh tahan gak gile2. Tengok owner cam nerd je." Mintak ampun disitu. T_____T (tolong jgn deduct mark saya wahai owner)
Sedikit demi sedikit, saya mula tertarik dan menarik diri saya untuk membaca blog ini. Kadangkala saya kagum dengan pengisian blog itu dan ianya saya jadikan sebagai panduan untuk memperkembangkan blog saya. Apa yang saya jadikan sebagai panduan adalah dalam memperindahkan bentuk penulisan bagi menarik minat pembaca untuk terus melekat, menilik, mentafsir, merumus dan membaca sesuatu entry dengan lebih berkeyakinan. Oleh itu, mesej sesuatu entry itu dapat disampaikan dengan berkesan kepada si pembaca. Disitulah kelebihan blog icemanzwalking itu.

3) Fida dan Khairul Hakim

Banyak perkara yang berlegar diminda saya tatkala beralih pada sesi ini. Siapa Kahirul Hakim yang saya kenali ini??? Apa ada pada beliau??? Mari. Saya bawa anda menyusuri dan selami bahagian ini dengan lebih lanjut. Sila lihat dibawah.

(a) Khairul Hakim yang pertama kali saya kenali adalah ketika zaman kegemilangan ber ko k an.

(b) Bertambah mengenali beliau melalui fesbuk Khairul Hakim Saibani.

(c) Berdarab, berbahagi mengenal beliau adalah melalui icemanzwalking.blogspot.com

(d) Beliau mengajar saya erti menghargai saat indah dalam menghayati makanan. Mengajar saya erti keenakan yang ada dalam makanan itu. Maka, tidak hairanlah beliau amatlah gemar mentag gambar makanan pada saya. Lantas, saya akan mengomen, "tag aje ke...." yang membawa kesinambungan maksud, "real punye xde???"

(e) Beliau juga yang bertanggungjawab membantu saya dalam memperkembangkan blog saya yang x seberapa ini. Diatas hasil kerjanya yang amat artistik, blog saya berjaya di make up dengan begitu macho sekali bersesuaian dengan kehendak dan pemintaan saya. Saya amat terharu dengan pertolongan yang diberikan oleh beliau. Tanks dee.... (^____^)

(f) Selain itu, beliau juga telah menaiktarafkan diri saya sebagai pakar kaunseling online beliau. Saya senang dengan kenaikan pangkat itu. Tapi, gaji mau naik jugak laaa..... T______T

(g) Khairul Hakim adalah manusia yang bertanggungjawab atas penggunaan perkataan "okeng" yang telah diikut2 secara tidak langsung oleh saya. Namun, apa yang pasti saya terasa seperti sengau tatkala menyebut perkataan itu. Beliau tak rasa begitukah???

(h) Beliau juga sering memperingatkan saya tentang pencarian cinta bukanlah mudah. Pelbagai rintangan dan halangan perlu dihadapi dalam mencari cinta sejati. Semua itu adalah untuk dinikmati dan dipelajari. Saya amat hargai nasihat ini.... (",)

(i) Banyak lagi sebenarnya yang mahu saya kongsikan disini. Namun, masa amat mencemburui saya. Mata kian mendengki, kepala kian menjeles. Semua itu adalah faktor dalaman yang tidak mampu saya kalahkan. Oleh itu, bahagian ini tamat disini dengan rasminya. ^____^

4) Fida dan gambar



Ingat gambar nih? heheh....

5) Fida dan Slogan

"Saya rasa icemanzwalking adalah sebuah blog yang sarat dengan identitinya yang tersendiri dimana karyanya tidak jemu untuk dibaca malah amat bersesuaian dengan semua lapisan masyarakat tidak kira kanak-kanak, dewasa mahupun golongan veteran."

6) Fida dan pengakhiran

Time to sleep. zzzzzzzzzzz............ d(^_____^)b

Saturday, August 14, 2010

Fida Dan Abang


Ok. Topik baru. Fida dan abang. Menceritakan dua beradik yang jurang umur dua manusia ni sebanyak 5 tahun. Ada sejarah di sebalik Fida dan abang. Kisah bermula pada ketika Fida baru sahaja keluar dari perut mak tok lihat dunia... Mak cakap, abang sangat sayang Fida. Orang nak dukung Fida pun, abang x bagi. maklumla... Adik pertama abang. Sebelum ni abang ade kakak ngan abang je. 2 yg abang sayang bangat sama Fida, adiknya....

Sejarah diteruskan dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh seorang abang kepada Fida. Kemana sahaja abang pergi, pasti Fida diusung sama. Abang jugaklah yang ajar Fida bawak motor. Abang kata, bawak motor laju2 tau. Jimat minyak. Minyak x sempat kering kalu bawak laju. Fida yang baik itu ikut saja saranan abang. Sebab 2lah sampai ke la ni Fida suka bawak motor laju2. Gara2 nasihat abang yang bernas itu................

Namun, sejarah manis mula bertukar corak. Semua berlaku masa Fida umur 5 tahun dan abang umur 10 tahun. Fida ajak abang men bola dalam rumah. Abang xnak. Fida paksa jugak. Nak men kat luar, panas. Fida alergi. Abang akur. Men punye men, Fida telah membuat sepakan lintang ala David Beckham dan tepat mengenai pasu besar mak.................. dan, saat itu jugak Fida dengan pantas menyusup masuk bilik. Dan lagi, sapa yang jadi mangsa mak?? ABANG.......

Next, masa abang umur 12 tahun dan Fida berumur 7 tahun. Waktu 2, abang dah xnak kawan sangat ngan Fida. Gara2 sepakan lintang Fida 2. Abang dah de kawan lain. Yg sejenis dengan dia. Satu malam, abang kena tgkp ngan abah. Sebab merokok. Kepantangan abah bila anak dia merokok. Abah heret abang balik rumah, dan panggil suma isi rumah yg ade. Waktu 2, Fida nyorok belakang mak, sbb tau kalu abah dah ngamuk, masaklah.....................

Depan isi rumah suma, abah telah menoyoh suma rokok yg ada kat mulut abang. Terbatuk2 abang bila serbuk rokok masuk mulut dia. Abang pandang Fida. Bagai mohon pertolongan. Tapi, Fida hanya menaikkan ibu jarinya dan senyum sinis kat abang. Zaappp!!!!! Jelingan maut dari abang tok Fida yang membawa maksud, "jaga ko pasnih!" Fida wat muka tenggek je sambil wat jelingan ala2 manja gitu kat abang, yg membawa maksud, "ko usik aku, aku kabo abah!"

Suma 2, sejarah cuma... Fida dan abang dah x rapat mcm dulu. Abang dah ada kawan lain. Dia x moh kawan ngan Fida dah. Fida pun dah de kawan lain. Masing2 bawak haluan sendri... Sampai ke besar..... Kau2, aku2.. Tp, ade 1 hal yg abang akan bermulut manis ngan Fida walaupun dah besar........ Malam raya, "Gosokkan baju melayu aku, ye.........." Fida stat je motor, "Ko nak g kedaikan? belikan aku barang jap." Fida bukak bekas gula, "Buat tok aku skali tau." Fida nak goreng telur, "Aku nak jugak."

Tapi, bukan abang je wat gitu kat Fida. Fida pun lbh kuang jgk. Contohnye....... "Aku nak balik ni. Amik aku tau kat bus stop". "Anta aku kat Teluk Intan jap." "Abah suh ko anta aku g Meru." "Pinjam motor ko. Motor aku abis minyak." "Nak card reader." "Beli topup. Malas kuar." "Nak enset ko. Tukar la...." Dll............

Ape pun, suma 2 kenangan..... Kenangan dua beradik.... Gaduh macam mana pun, masih adik beradik.... Masih ada chemistry itu........ (^______^)

Friday, August 13, 2010

Fida Dan Ramadhan




Dah macam Diari Ramadhan Rafique plak. ngeh3.... Oh yea! Nak stori sket tentang puasa. Pasal pe nak cite pasal pose? Pasal ni bolan pose la. Ape lagi. Aish..... Stori ni insyallah xkan pernah insan baik bernama Fida lupakan sampai bila2.... (sempat gak puji diri. ngeh....) Ok. Jom kita bercerita. Pada satu masa dahulu............................

Tak bape ingat tahun bila... (tadi kata xkan lupa sampai bila2. Ish3....) Cerita bermula pada first umat Islam nak sambut pose... Mak yang terchenta sakit... Amat teruk sakitnya sampai kena bawak p hospital pakar kat kl nun. Sian kat mak. Dah la mak mmg amat xcited bab2 sambut pose ni. Tapi tulah... Sihat or sakit bukan kita tentukan... Dipendekkan cite, mak dok kat hospital 2 dlm 2 minggu asenye. Ok. Bagaimana Ramadhan tanpa mak disisi??

Semua nie ada hikmah dia... Hikmah yang mengajar Norafidah binti Hamid erti kedewasaan... Selama ni mak lah yang setia menyediakan kelengkapan berbuka dan bersahur... Fida?? Fida tolong tau... Tapi, 2lah.... Part time je kot. ngeee...... Tapi, bila mak dah sakit, sapa nak buat suma2 tu? Sapa nak bangun kol 4 pagi buat sahur? Sapa?? Abah? Abang? Fida? Time 2 kat umah mana ada anak dara lain dah. Fida jela. Maka, dengan itu, Fidalah yang buat sumanya....

Bangun 4 pagi.... terpisat-pisat g dapur... Bengong2 je time 2... Xtau nak watpe... Mak xde.... Sedih.... Gagah juga lak wat segala macam tok abah... Abang?? Xpayah pun xpe! Gerak suh sahur pun macam nak runtuh rumah bila dia wat mengong je orang ketuk bilik dia kuat2. Buat keras je. Ase memang nak sekeh kepala dia laju2 je time 2. Orang lelaki memang gitu. ish3.....

Dipendekkan cite lagi, memang setiap harilah Fida bangun wat sahur ngan berbuka. Semua sebab abah... Abah x boleh kalu x sahur... Sian kat abah kalu x buat sahur... Sian kat mak yang kat hospital time 2.... 2 minggu pastu mak kuar. Mak dok kat umah akak kat Meru nun. Sebulan umat Islam berposa, sebulna 2 jugak lah mak x posa sama2.... Condition masih x stabil... Tapi mak best! Bila dah sihat, mak ganti posa sebulan 2 ngan gigih walaupun time 2 orang suma syok2 makan dan minum sesuka hati mereka. Tapi, mak terkilan satu je. Mak xdapat nak wat pose 6. X sempat pasal mak x bape sihat lg. Pada hal, tiap tahun Mak x lepas wat pose 6. Yang lepas, anak dia ni ha..... aish.....

Tapi tulah... Memang amat terasa bila mak xde kat sisi time bolan pose... Sedih kau tau.... Tengok abah pun x ceria je bila buka ngan sahur.... Tapi abah tetap tunjuk wajah cool dia. Pada hal, dalam hati tacing isteri yang terchenta xde kat sisi.....

Ape pun, mak dah ok dah. Dah ligat semula kat dapur. Dah mula membebel bila Fida bangun lambat. hohohooho... Abah pun dah ok. Dah xde wajah tacing2 abah dah. Abang? x cite pasal dia pun xpe. aish....

Errmm... cukup la kot. Stop dulu disini. Masih x pandai g nak wat entry yang menarik. Mana yang terlintas 2la yang ditaip. heeee.... Okeng2. Nice to see, nice to read! ngee..... (^_____^)

Wednesday, August 11, 2010

Serving di Dewan Warisan

Great time with all of you guys!! :)
Bila agaknya dapat serving kat 5 star hotel..
Gyahahaha... c(: