Saturday, August 14, 2010

Fida Dan Abang


Ok. Topik baru. Fida dan abang. Menceritakan dua beradik yang jurang umur dua manusia ni sebanyak 5 tahun. Ada sejarah di sebalik Fida dan abang. Kisah bermula pada ketika Fida baru sahaja keluar dari perut mak tok lihat dunia... Mak cakap, abang sangat sayang Fida. Orang nak dukung Fida pun, abang x bagi. maklumla... Adik pertama abang. Sebelum ni abang ade kakak ngan abang je. 2 yg abang sayang bangat sama Fida, adiknya....

Sejarah diteruskan dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh seorang abang kepada Fida. Kemana sahaja abang pergi, pasti Fida diusung sama. Abang jugaklah yang ajar Fida bawak motor. Abang kata, bawak motor laju2 tau. Jimat minyak. Minyak x sempat kering kalu bawak laju. Fida yang baik itu ikut saja saranan abang. Sebab 2lah sampai ke la ni Fida suka bawak motor laju2. Gara2 nasihat abang yang bernas itu................

Namun, sejarah manis mula bertukar corak. Semua berlaku masa Fida umur 5 tahun dan abang umur 10 tahun. Fida ajak abang men bola dalam rumah. Abang xnak. Fida paksa jugak. Nak men kat luar, panas. Fida alergi. Abang akur. Men punye men, Fida telah membuat sepakan lintang ala David Beckham dan tepat mengenai pasu besar mak.................. dan, saat itu jugak Fida dengan pantas menyusup masuk bilik. Dan lagi, sapa yang jadi mangsa mak?? ABANG.......

Next, masa abang umur 12 tahun dan Fida berumur 7 tahun. Waktu 2, abang dah xnak kawan sangat ngan Fida. Gara2 sepakan lintang Fida 2. Abang dah de kawan lain. Yg sejenis dengan dia. Satu malam, abang kena tgkp ngan abah. Sebab merokok. Kepantangan abah bila anak dia merokok. Abah heret abang balik rumah, dan panggil suma isi rumah yg ade. Waktu 2, Fida nyorok belakang mak, sbb tau kalu abah dah ngamuk, masaklah.....................

Depan isi rumah suma, abah telah menoyoh suma rokok yg ada kat mulut abang. Terbatuk2 abang bila serbuk rokok masuk mulut dia. Abang pandang Fida. Bagai mohon pertolongan. Tapi, Fida hanya menaikkan ibu jarinya dan senyum sinis kat abang. Zaappp!!!!! Jelingan maut dari abang tok Fida yang membawa maksud, "jaga ko pasnih!" Fida wat muka tenggek je sambil wat jelingan ala2 manja gitu kat abang, yg membawa maksud, "ko usik aku, aku kabo abah!"

Suma 2, sejarah cuma... Fida dan abang dah x rapat mcm dulu. Abang dah ada kawan lain. Dia x moh kawan ngan Fida dah. Fida pun dah de kawan lain. Masing2 bawak haluan sendri... Sampai ke besar..... Kau2, aku2.. Tp, ade 1 hal yg abang akan bermulut manis ngan Fida walaupun dah besar........ Malam raya, "Gosokkan baju melayu aku, ye.........." Fida stat je motor, "Ko nak g kedaikan? belikan aku barang jap." Fida bukak bekas gula, "Buat tok aku skali tau." Fida nak goreng telur, "Aku nak jugak."

Tapi, bukan abang je wat gitu kat Fida. Fida pun lbh kuang jgk. Contohnye....... "Aku nak balik ni. Amik aku tau kat bus stop". "Anta aku kat Teluk Intan jap." "Abah suh ko anta aku g Meru." "Pinjam motor ko. Motor aku abis minyak." "Nak card reader." "Beli topup. Malas kuar." "Nak enset ko. Tukar la...." Dll............

Ape pun, suma 2 kenangan..... Kenangan dua beradik.... Gaduh macam mana pun, masih adik beradik.... Masih ada chemistry itu........ (^______^)

2 comments:

Khairul said...

Aloorrhh...
Comeynyee cite..
HAHAHA...

fieydaafiey said...

comei kan? haaa.... skang tau dah ape kes aku ngn abg aku ye? huhuhu....