Saturday, February 26, 2011

Kawan Keperluan VS Kawan Kehendak




Pelik tak bila kawan pun ada jenis keperluan dan kehendak? Dah macam barang pulak ye. Heh... Sebenarnya ada, tapi suma ni base on permerhatian sayalah. Orang lain tak pasti setuju atau tidak. Jom kita mepek pasal ini entry. Jom!!

Macam mana kita nak kelaskan 2 jenis kawan ni? Macam mana yang dipanggil kawan keperluan dan macam mana pulak yang dipanggil kawan kehendak? Oken. Jom saya jelaskan mengikut perspektif saya.

Kawan Keperluan : >>> Kawan jenis ni selalunya akan lebih didahulukan berbanding kawan kehendak. Kawan keperluan ni kita boleh rumuskan sebagai kawan yang rapat dengan kita. Mana je kita nak p, kawan jenis ni la yang kita akan angkut dulu. Asal ada apa-apa je aktiviti, kawan jenis ni la yang kita dahulukan.

Kawan Kehendak : >>> Kawan jenis ni pulak lebih mudah dikatakan kawan sampingan. Bila kawan keperluan tidak ada, barulah kawan kehendak dicari sebagai ganti. Atau, kadangkala dipanggil sekadar untuk memeriahkan suasana sahaja. Kira, kawan kehendak ni hanya sekadar untuk mendapatkan manfaat je kot bila kawan keperluannya takda.

Permasalahan : >>> Wajarkah perkara ini berlaku sedangkan kita semua berada dalam komuniti yang sama? Kenapa perlu ada istilah Kawan Keperluan dan Kawan Kehendak? Apa, Kawan Kehendak 2 bukan manusia jugak ke? Bagaimana permasalahan ini dapat dikurangkan?

Jawapan : >>> Tepuk dada, tanya iman. Tanyalah diri sendiri sejauh mana niat kita dalam berkawan dengan seseorang. Berkawan sekadar ingin berkawan atau punya agenda yang tersendiri. Tapi, suka saya tegaskan disini bahawa adakalanya kawan kehendak kamu lebih bernilai daripada kawan keperluan kamu yang mungkin peratus untuk mengkhianati kamu lebih tinggi berbanding kawan kehendak.

Renungan : >>> Kita sama-sama manusia. Punya mentaliti yang berbeza. Tapi, 2 bukan point utama untuk kita membelakangi orang lain yang mungkin pada kita dia hanya kawan kehendak kita. "Saya lebih perlukan kawan keperluan saya sahaja". Mind you kalu berani fikir begini! Siapa kamu untuk membeza-bezakan kamu dengan orang lain sedangkan kamu juga manusia biasa?! Jangan bagi saya jumpa dengan orang persis ni. Bernanah telinga dia t kena !@#$%^ dengan saya t...

Kesimpulan : >>> Kawan Keperluan dan Kawan Kehendak seharusnya tidak patut diwujudkan. Berkawanlah dengan seikhlas hati. Bersihkan jiwa, hati dan mentaliti dalam berkawan. Suka saya ulang disini. Kita berada dalam komuniti yang sama. Jangan pernah membeza-bezakan. Kita adalah serupa. Tiada istilah, "aku senior, ko junior." Jangan sampai saya jawab, >>> "Apa dia??!! Ko ngan aku sebaya! Senior2 pa??!!"
Remind this.....~~