Saya suka entry ni. Hohohoho... Nak buat entry ni pun penuh semangat kesukanan yang tinggi sampai tak terluah dengan kata-kata. Hak3... Over je.....
Kidal, atau nama lainnya kiri adalah sangat unik kerana dunia ini di monopoli oleh mereka yang lebih cenderung menggunakan tangan kanan. Monopoli disini bukan bermaksud bermain permainan Monopoli dan membina rumah-rumah dengan wang kertas dengan menggunakan tangan kanan tetapi
dunia kita dikuasai oleh si tangan kanan yang majoritinya lebih ramaiberbanding si tangan kidal ini.
Kajian menunjukkan bahawa
1 daripada 10 orang di bumi ini cenderung menggunakan tangan kidal tidak kira ketika menulis, memegang barang, dan apa saja yang dilakukan akan menggunakan tangan kidal terlebih dahulu. Kemudian, mulalah si noty2 ni tanya,
makan pun pakai tangan kidal jugak ke? Jawapannya, ya. Kalau pakai sudu la. Kalau pakai tangan, sudah tentulah guna tangan kanan. Jangan nak pusing-pusing ye....
Oh yea. Ada 1 blog yang saya jumpa bercerita tentang si kidal ini dengan sangat menarik. Penuh dengan info yang sangat berguna kepada si kidal. Ini dia blog tersebut. Kalau rajin-rajin, lawat lah yea untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang si kidal ini. Saya hanya menyentuh secara dasar sahaja. Huhuhu...
http://ida81.wordpress.com/2009/03/30/info-kelebihan-si-kidal/Dan, apakah kaitannya saya dan kidal? Susah pa nak pikir. Pasai saya pun kidal lah. Hohohoho... Kalau nak diikutkan dalam famili saya,
saya dan abang2 saya je pengguna tegar tangan kidal. Yang sulung, ketujuh dan saya. Kira saya satu2nya anak pompuan yang berkolaborasi bersama abang2 yang lain. Terasa macho disitu. Ngeh3...
Nak cerita sikit pasal kenangan doulu-doulu. Masa kat sekolah, orang tak hairan sangat dengan si tangan kidal ni. Pasai si tangan kidal ni senang didapati dalam 1 bilik darjah. Tapi, bila dah masuk u, kawan-kawan sangat kagum dengan si tangan kidal. Pasai pa tak tau. Katanya, suka tengok orang tulis pakai tangan kidal. Kagum katanya. Tu baru tulis pakai tangan kidal.
Belum lagi tulis pakai kaki kidal. Mau lagi pemes jadiknya. Kui3...Orang jugak kata si tangan kidal ni
berseni. Orang lain ye kot. Saya x. Jangan la suh buat benda-benda seni. Alamat jadik cam alien sumanya t. T______T Tapi, kata-kata orang yang paling saya suka dengar ialah si tangan kidal ni
genius orangnya. Hohohoho... Yang ni saya suka dengar. Bila orang cakap je, saya aminkan. Amik berkat... Ngeh3...
Ramai jugak kawan-kawan saya yang juga pengguna tangan kidal. Macam,
Gina, Dila, Kak Ja, Yun See, Rijal, Har, Nuri dan ramai lagi. Kang senarai suma kang, jenuh nak membacanya. Tah kenal tah tidak. Hohohohoho... Kami suma terasa kami sangat-sangat istimewa. Walaupun adakala ada yang kata kami ni
stranger. Eleh.... Jeles kata jela jeles.... Wuuuuu......
Apa pun, tak kiralah apa jua persepsi orang tentang kami2 ni, 1 ja kami nak bagi tau korang.
WE ARE PROUD TO BE THE LEFTHANDED PERSON! Oh yeah!!!The End...~~