Monday, March 21, 2011

Kerana Itu Adalah Kamu...

Pejam celik pejam celik, tak sangka... Dah 3 tahun menapakkan diri kat UUM yang serba indah ini. Macam-macam asam garam senario dah berjaya ditempuh. Suka dan duka dikongsi bersama... Kerana kita adalah satu keluarga... Banyak kenangan dicipta, banyak memori dibina, banyak harapan dan impian ingin dilaksana... Sedar dalam tidak, semuanya kita lakukan bersama-sama seiring dengan gelak tawa tangis kita semua...




Bermula dengan pengalaman terindah yang mengajar kita erti akrabnya persahabatan. 'Mung, ang, kome, mu', dan macam-macam lagi jenis loghat yang adakalanya kita kongsi bersama dalam berbicara... Indah kan? Walaupun kadang-kadang boleh mengundang tawa bila orang klate nak kecek perak. Hak3... Sangat sweet...





Walau letih macam mana pun kita, tetap still maintain macho. Yalah. Dah seiring sehati berdansa, hilang penat datang ceria... (",)





Tapi, kadang-kadang kita tewas juga dalam keletihan itu....




Ah! Apela sangat keletihan tu kalu nak dibandingkan akrabnya persahabatan kita. Ceria! (",)





Bermacam ragam kita-kita ini. Semua tersemat dalam memori... Kerana kamu,kamu,kamu dan kamu adalah satu dalam beribu....




Kak Ita & Hana...




Mira & Lin..




Jord, Qudin & Ada....




Dan kamu semua adalah kechentaan saya... (^______^)



Saturday, March 19, 2011

Bila Rasa Rindu Itu Tiba...

Pernah tak kamu, kamu, kamu dan kamu punya rasa rindu? Macam mana kamu tahu yang kamu sedang merindu? Macam mana rasanya bila merindu dan dirindu? Dan, apa sebenarnya makna rindu itu? Kenapa manusia dianugerahkan rasa rindu??

Persoalan yang terlalu subjektif untuk dihuraikan. Semuanya bergantung pada diri kita. Saya? Entahlah... Payah nak ungkap bila rasa rindu mula hadir tanpa perlu dipaksa-paksa ni. Kadang-kadang kita sendiri tak pasti kenapa kita merindu. Kenapa dengan tiba-tiba kita rasa merindu. Huhuhuhu... Letih nak baca entry ni. Banyak ngat perkataan rindu. Kui3...

Okelah. Jom kita g ke main point dia pasai entry nih. Manusia sememangnya punya rasa rindu. Tapi, rindu itu terlalu lebih kepada sesama manusia sedangkan rindu pada Yang Esa dan PersuruhNya adalah yang lebih utama. Tak salah merindu sesama manusia asalkan tidak melebihi rindu pada Yang Maha Satu. Kita sering alpa dan leka dengan anugerah rasa rindu ini. Kita alpa dan leka dimana kita lupa untuk merindui Dia yang lebih utama. Kenapa?? Tepuk dada tanya iman...

Secara jujurnya saya juga pernah merindu manusia lebih daripada yang sepatutnya. Tapi, mujur Dia mengingatkan saya, memberi kesedaran pada saya tentang merindu pada manusia. Mujur sya segera disedarkan oleh Dia agar saya tidak terlalu hanyut dengan rindu duniawi. Alhamdulillah...

Janganlah kita terlalu mengagungkan rindu pada manusia lebih daripada rindu pada Dia, lebih daripada merindui PesuruhNya... Ingatlah... Tiada manusia yang mampu membalas rindu kita itu sehebat rinduNya dan PersuruhNya kepada kita...

Ummati.... Ummati.... Ummati... Tanda kita diingati dan dirindui... Selami rasa rindu ini... Dan kita akan mengerti....

Insyallah....~~ d(^______^)b




Thursday, March 3, 2011

Hey! Si Kidal!




Saya suka entry ni. Hohohoho... Nak buat entry ni pun penuh semangat kesukanan yang tinggi sampai tak terluah dengan kata-kata. Hak3... Over je.....

Kidal, atau nama lainnya kiri adalah sangat unik kerana dunia ini di monopoli oleh mereka yang lebih cenderung menggunakan tangan kanan. Monopoli disini bukan bermaksud bermain permainan Monopoli dan membina rumah-rumah dengan wang kertas dengan menggunakan tangan kanan tetapi dunia kita dikuasai oleh si tangan kanan yang majoritinya lebih ramaiberbanding si tangan kidal ini.

Kajian menunjukkan bahawa 1 daripada 10 orang di bumi ini cenderung menggunakan tangan kidal tidak kira ketika menulis, memegang barang, dan apa saja yang dilakukan akan menggunakan tangan kidal terlebih dahulu. Kemudian, mulalah si noty2 ni tanya, makan pun pakai tangan kidal jugak ke? Jawapannya, ya. Kalau pakai sudu la. Kalau pakai tangan, sudah tentulah guna tangan kanan. Jangan nak pusing-pusing ye....

Oh yea. Ada 1 blog yang saya jumpa bercerita tentang si kidal ini dengan sangat menarik. Penuh dengan info yang sangat berguna kepada si kidal. Ini dia blog tersebut. Kalau rajin-rajin, lawat lah yea untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang si kidal ini. Saya hanya menyentuh secara dasar sahaja. Huhuhu...
http://ida81.wordpress.com/2009/03/30/info-kelebihan-si-kidal/

Dan, apakah kaitannya saya dan kidal? Susah pa nak pikir. Pasai saya pun kidal lah. Hohohoho... Kalau nak diikutkan dalam famili saya, saya dan abang2 saya je pengguna tegar tangan kidal. Yang sulung, ketujuh dan saya. Kira saya satu2nya anak pompuan yang berkolaborasi bersama abang2 yang lain. Terasa macho disitu. Ngeh3...

Nak cerita sikit pasal kenangan doulu-doulu. Masa kat sekolah, orang tak hairan sangat dengan si tangan kidal ni. Pasai si tangan kidal ni senang didapati dalam 1 bilik darjah. Tapi, bila dah masuk u, kawan-kawan sangat kagum dengan si tangan kidal. Pasai pa tak tau. Katanya, suka tengok orang tulis pakai tangan kidal. Kagum katanya. Tu baru tulis pakai tangan kidal. Belum lagi tulis pakai kaki kidal. Mau lagi pemes jadiknya. Kui3...

Orang jugak kata si tangan kidal ni berseni. Orang lain ye kot. Saya x. Jangan la suh buat benda-benda seni. Alamat jadik cam alien sumanya t. T______T Tapi, kata-kata orang yang paling saya suka dengar ialah si tangan kidal ni genius orangnya. Hohohoho... Yang ni saya suka dengar. Bila orang cakap je, saya aminkan. Amik berkat... Ngeh3...

Ramai jugak kawan-kawan saya yang juga pengguna tangan kidal. Macam, Gina, Dila, Kak Ja, Yun See, Rijal, Har, Nuri dan ramai lagi. Kang senarai suma kang, jenuh nak membacanya. Tah kenal tah tidak. Hohohohoho... Kami suma terasa kami sangat-sangat istimewa. Walaupun adakala ada yang kata kami ni stranger. Eleh.... Jeles kata jela jeles.... Wuuuuu......

Apa pun, tak kiralah apa jua persepsi orang tentang kami2 ni, 1 ja kami nak bagi tau korang. WE ARE PROUD TO BE THE LEFTHANDED PERSON! Oh yeah!!!


The End...~~

Tuesday, March 1, 2011

In Memory....

TELAH TIBA SAAT WAKTU KAU TINGGALKAN KAMI
KERANA TAKDIR YANG MAHA ESA TELAH MENETAPKAN
SEDIH RASANYA HATI INI BILA MENGENANGKAN
KAU SAHABATKU KAU TEMAN SEJATI...

TULUS IKHLAS LUHUR BUDIMU BAGAI TIADA PENGGANTI
GELAK TAWAMU JUGA KATAMU MENGHIBURKAN HATI
MEMORI INDAH KITA BERSAMA TERUS BERSEMADI
KAU SAHABATKU KAU TEMAN SEJATI...

SUDAH DITAKDIRKAN KAU PERGI DULU
DISAAT KAU MASIH DIPERLUKAN
TUHAN LEBIH MENYAYANGI DIRIMU
KU PASRAH DIATAS KEHENDAK YANG ESA...

PERJUANGAN KITA MASIH JAUH BERIBU BATU
SELAGI ROH MASIH DIJASAD HIDUP DITERUSKAN
SEDIH RASA HATI INI MENGENANGKAN DIKAU
BAGAI SEMALAM KAU BERSAMA KAMI...

Hijazz - Kau Sahabat Kau Teman...



Dalam kita meniti hari demi hari, dalam perjuangan kita dalam mencari ilmu yang suci, segala cabaran dan dugaan pasti menduga...

Dalam keakraban sesama kita berjuang demi masa depan, mereka pergi tanpa diminta, tanpa terduga...

Namun, mereka tetap segar diingatan... Takkan mudah melupakannya kerana mereka adalah sahabat yang terindah...

Kita yang masih ada, teruskanlah perjuangan dalam arena kita... Bersama kita galas hasrat dan harapan mereka berdua...


Both of you always in our memories....~~

With love from us...~~






~ CINDY AND HSIAO PEI ~
28th February 2011...

Pic ehsan - Fairul....